Anna Rahim
HOME TUTORIAL TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Cabaran 30 Hari Blogging : Day 19 Kenangan Zaman Kanak-Kanak
Friday, January 13, 2017 • 18:34 • 1 comments
Assalammualaikum and hii.


Alhamdulillah dah nak setengah update untuk entry cabaran kali ni, Walaupun idea nak menaip still kurang, at least aku dapat share dengan korang apa yang aku ada dan apa yang korang ada, right? hihiih

Kenangan zaman kanak kanak, aku rasa budak budak zaman yang tanpa gadget ni mesti korang ada kenangan yang korang tak boleh nak lupakan kn? Aku sure lah korang mesti pernah main mainan macam baling selipar, polis entry, ting ting, ceper, dan banyak lagi la kan.



Kenangan zaman kanak kanak aku best sangat sampaikan aku rasa nak je balik pada zaman tu, zaman tanpa gadget. Sekarang ni kalau korang perhatikan, budak budak sekarang tak lekang dengn gadget diaorang kn, even, nak makan pun still pegang phone. Betul tak? Kalau zaman aku dulu, time makan, makan, time main, main, tak ada nya gadget gadget semua tu, Rugi budak zaman sekarang yang tak rasa apa yang macam kiteorang dulu ni rasa.

Memandangkan aku ni ramai sangat sepupu lelaki, so kiteorang ni dulu main semua permainan lelaki, macam bola sepat or rondes, Kalau main rondes tu, mesti guna surat khabar, lepas tu renyok renyok kan then soletep kan, sampai la bola tu keras. hihihi. Lepas tu dulu, dekat rumah makcik aku ni ada la gelongsor kecik kan, so kiteorang sepupu ni main la tindih tindih, aku pulak orang yang ke-2 kena tindih, memang la semua tu kecik kecik, tapi berat masyaAllah. Sampaikan masa tu aku tergelincir and tangan kiri sampai terseliuh, Bapak sakit. Sepupu aku lari panggil mak aku cakap "Cik ta, Intan tangan patah." Yelah masa tu tangan aku tak boleh gerak langsung, nak luruskan pun tak boleh, apa lagi kena marah aa semua, hahaha. Tup2 kena pergi klinik x-ray. Selamat tak patah, just terseliuh je. Tapi tu la sampai sekarang tanagn kiri aku ni tak bedung, bengkok. Hahaha. Terjal nya dulu aku.

Lepas tu dulu, kalau petang petang, dalam pukul 2 gitu, kiteorang selalu picnic dekat kebun getah mak aku tu. Nanti mula la buat la khemah guna kayu getah and daun2 pokok getah tu, tak pun kiteorang guna canvas. Lepas tu kalau buat air kopi, mesti guna kayu yang kiteorang bakar tu, lepas tu tumbuk, then letak air, jadi la air kopi, cawannya pulak guna cawan getah tu, hahaha., Habis bau getah beku. hahah. Tapi tu la permainan kiteorang masa tu. Yelah masa tu mana da gadget gadget tu semua.

Banyak sangat aku nak share, tapi kalau kalau taip, mahu tak nya boleh buat karangan ni. hihihi. tapi apa yang aku nak cakap, zaman kanak kanak memang zaman yang paling best berbanding dengan zaman teknologi sekarang ni. Memang banyak baik nya, tapi daripada baik tu, banyak sangat keburukkannya, sampaikan ibu bapa sekarang ni leka biar kan anak kecik kecik main gadget lebih limit. Sampaikan anak anak zaman sekarang kurang berinteraksi antara satu sama lain. Bukan aku nak judge or salahkan ibu bapa dekat luar sana, tapi korang pun boleh nampak sendiri kan.

Yes betul, ada ibu bapa yang prihatin, Alhamdulillah kalau ibu bapa tu prihatin dengan anak diaorang, tapi kalau yang busy dengan kerja tu macam mana pulak? haa korang jawab la sendiri. Zaman makin lama makin berkembang, so teknologi pun makin maju, Bukan nak kata apa lah, korang tengok la apa jadi pada tahun 2020 nnti ye.

Okayh la kita berehat dulu. esok sambung entry yang lain pulak. hihihihih. Tunggu ye.




PastFuture
Owner
Siti Noor Rafhanah
22 years old
Business Student
Johor [JDT]
Song




Visitors

visit counter
followers