Anna Rahim
HOME TUTORIAL TWITER FACEBOOK INSTAGRAM
Cabaran 30 Hari Blogging: Day 2 Resepi Pizza Paratha
Tuesday, December 27, 2016 • 16:16 • 0 comments
Assalammualaikum.
Haa memandangkan tajuk entry kedua ialah berkenaan dengan resepi, sini aku nak bagi resepi pizza. Senang, mudah, cepat dan yang penting sedapppp.



Bahan-bahan

  • Roti Paratha segera (Frozen) *Pape brand
  • Sos Spagetti Segera
  • Sosej dihiris nipis / hiris bulat-bulat *ikut suka
  • Nenas
  • Bawang Holland potong dadu
  • Keju Mozarella
Cara-cara
  • Letakkan sedikit minyak pada loyang, supaya paratha tak lekat nanti bila dibakar
  • Keluarkan base pizza kita (paratha) *jangan keluarkan awal, nanti basenya lembik
  • Tanggalkan plastik pada paratha semasa keluar dari peti sejuk, elak dari paratha melekat pada plastik
  • Next, susun paratha pada loyang dan sapukan sos spegetti atasnya,
  • Sementara tu, heat oven pada suhu 170 darjah celcius, api atas bawah *ikut kesesuaian oven
  • Next, letakkn mozarella atasnya untuk melekatkan topping pada base piza
  • Susun sosej atas lapisan mozarella *Masak separuh masak dulu sosejnya sebelum susun
  • Next tambah nenas dengan bawang holland atas sosej *ikut suka nak letak apa
  • Next dah selesai semua, taburkan mozarella atasnya, *ikut suka nak banyak atau sikit. lagi banyak, lagi sedap.
  • Masukkan dalam oven, dengan api atas bawah.
  • Masak selama 15- 20 minit *ikut kesesuaian oven
Tadaaa siappp ! Aku selalu buat bila balik cuti semester. Boleh buat bnyak, dari beli harga dekat puluh-puluh ringgit, baik buat sendiri. hihihi. SELAMAT MENCUBA

Stay tune utuk next entry ye 


PastFuture
Owner
Siti Noor Rafhanah
22 years old
Business Student
Johor [JDT]
Song




Visitors

visit counter
followers